My Add

Tuesday 3 April 2012

20 kenderaan milik rakyat Malaysia masih di Hatyai

HATYAI, SELASA, 03 pril, 2012: Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, mengesahkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan milik rakyat Malaysia masih terperangkap di tempat letak kereta Lee Gardens Plaza di sini, hari ini. 

Maklumat itu diperolehi susulan laporan yang dibuat kepada pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla selepas kejadian letupan bom, Sabtu lalu. Keadaan kenderaan terbabit masih belum diketahui berikutan orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan tempat letak kereta hotel berkenaan. - BH OMLINE

No comments:

Post a Comment