My Add

Saturday 7 April 2012

43 NGO hilang kepercayaan kepada kerajaan Pas Kelantan

KOTA BHARU, JUMAAT, 06 April, 2012: Sidang Meja Bulat yang disertai 43 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini membuat keputusan sebulat suara hilang kepercayaan kepada kerajaan Pas Kelantan kerana kegagalannya untuk membangunkan negeri ini dari semua aspek.

Kesemua pertubuhan itu juga percaya Pas tidak mampu untuk mengangkat Kelantan menjadi negeri maju menjelang tahun 2020 dan akan terus kekal sebagai negeri mundur disebabkan pemimpinnya 'tidak kreatif untuk mentadbir'.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO terbabit berkata, resolusi itu dibuat selepas menilai kemampuan Pas yang telah mentadbir negeri ini lebih 20 tahun dari semua aspek.

Beliau yang bertindak sebagai moderator sidang meja bulat itu berkata, Kelantan tidak akan melangkah ke hadapan selagi kerajaan negeri dan Pusat tidak sealiran dalam membuat keputusan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment