My Add

Friday 20 April 2012

659 pegawai, anggota PDRM sertai 'Kembara PDRM 2012'

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 April, 2012: Seramai 659 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyertai program Kembara PDRM 2012 sejauh 2,398.3 kilometer dari Kuala Lumpur yang akan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka pada Ahad ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata kembara itu diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara masyarakat dan polis dalam membendung gejala jenayah pada masa kini.

"Kembara ini dianjurkan supaya masyarakat di seluruh negara berpeluang menemui pegawai dan anggota polis secara lebih dekat. Dengan itu, saya menyeru kepada semua pegawai dan anggota yang terbabit bersama-sama serta beramah mesra bersama penduduk setempat.

"Selaras itu, setiap peserta perlu berinteraksi dengan masyarakat demi menyampaikan maklumat berkenaan jenayah semasa dan cara mengatasi setiap masalah jenayah itu," katanya kepada pemberita. 

Terdahulu, beliau melancarkan program Kembara PDRM 2012 di Dataran Kawat, Pusat Latihan Polis (Pulapol) sempena sambutan hari polis kali ke-205. 

Ismail berharap menerusi program itu, masyarakat dapat memberi maklum balas dan sumbangan idea bagi meningkatkan tahap prestasi perkhidmatan polis di negara ini. 

Program kembara yang julung kali diadakan itu disertai pasukan kenderaan empat roda (4x4), basikal, motosikal dan Marin yang akan melalui beberapa negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment