My Add

Wednesday 18 April 2012

Akta Profesion undang-undang liberalisasi profesion guaman

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Rang Undang-Undang Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 yang bertujuan meliberalisasikan profesion tersebut di negara ini dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara tujuan liberalisasi tersebut adalah untuk memajukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa menerusi pengembangan kerja, kepakaran dan pengkhususan profesion undang-undang di negara ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan ia merupakan pindaan terhadap Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Menurut rang undang-undang tersebut, pindaan kepada Akta 166 dengan memasukkan bahagian baru IV A akan membolehkan firma guaman asing menjalankan amalan di Malaysia dalam bidang yang dibenarkan melalui lesen perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment