My Add

Monday 2 April 2012

Bom Hatyai: Ahli keluarga warga Malaysia tuntut mayat

Daripada OPAT RATTANACHOT

HATYAI, ISNIN, 02 April, 2012: Suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital University Prince of Songkhla (PSU) di sini hari ini apabila kaum keluarga tampil menuntut mayat seorang warga Malaysia mangsa tragedi bom kompleks beli-belah dan Hotel Lee Garden Plaza kelmarin.

Mereka yang kebanyakannya masih trauma dengan tragedi itu tidak mampu menahan kesedihan apabila diberi peluang membuat pengecaman mayat Law Phin Hock, 46, dari Kulim, Kedah.

Proses pengecaman yang bermula bermula pukul 10 pagi (waktu tempatan) itu dijalankan oleh abang mangsa, Law Chiang Teck, 56.

Chiang Teck berkata, dia bersama ahli keluarga bertolak dari Kuala Lumpur petang semalam selepas dimaklumkan kejadian oleh pihak Kementerian Luar.

Katanya, mayat adiknya itu akan dibawa pulang ke Malaysia petang ini dengan bantuan pihak berkuasa kedua-dua negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment