My Add

Sunday 1 April 2012

Culik anak jutawan: Sembilan lelaki diberkas

SHAH ALAM, AHAD, 01 April, 2012: Polis berjaya menyelamatkan anak seorang ahli perniagaan bergelar jutawan semalam, selepas sembilan hari lelaki itu diculik bagi mendapatkan wang tebusan RM1.5 juta di Kawasan Perindustrian Seri Kembangan dekat sini.

Mangsa yang berusia 34 tahun dan bekerja sebagai pengurus projek di syarikat pembinaan milik bapanya diselamatkan di sebuah premis di Rawang dekat sini tanpa sebarang kecederaan pukul 6.30 pagi.

Susulan pembebasan mangsa, polis memberkas sembilan lelaki berketurunan India termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Polis juga berjaya mendapatkan wang tunai RM275,850 yang merupakan sebahagian daripada wang tebusan pendahuluan berjumlah RM300,000 yang telah dibayar kepada penculik oleh keluarga mangsa.

Turut dirampas daripada kumpulan penculik itu adalah tiga buah kereta jenis Proton Gen 2, Proton Waja dan Honda Odyssey; sebuah treler; topeng ski, telefon bimbit, iPad dan kunci kereta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mangsa yang telah berkeluarga dan mempunyai tiga anak diculik oleh empat lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan dengan menaiki kereta di tapak pembinaan di Seri Kembangan pada pagi 22 Mac lalu.

Beliau berkata, selepas diculik, suspek menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut wang tebusan berjumlah RM1.5 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment