My Add

Monday 2 April 2012

Dua juta dijangka sertai Himpunan Jutaan Belia bulan depan

Oleh MARZITA ABDULLAH

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia.

Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.

“Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini,” katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment