My Add

Tuesday 10 April 2012

Isu penjawat awam kontrak diselesaikan segera

PUTRAJAYA, SELASA, 10 April, 2012 Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerjasama kerajaan agar Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berstatus kontrak diserapkan ke jawatan tetap.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, terdapat PTD kontrak yang sudah berkhidmat lebih empat tahun turut tidak disambung kontrak, menyebabkan mereka kehilangan mata pencarian.

Beliau berkata, isu itu telah diperjuangkan sejak tiga tahun lalu tetapi masih menemui jalan buntu meskipun beberapa pertemuan dilakukan dengan pihak tertentu termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya ia diselesaikan segera.

"Kita sendiri tidak tahu apakah punca mereka tidak diserapkan sedangkan prestasi kerja mereka cemerlang. Saya bersimpati dengan mereka kerana mereka sudah berkeluarga dan memerlukan kos yang tinggi.

"Tekanan-tekanan seumpama ini dikhuatiri boleh menimbulkan masalah keluarga,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama sebahagian daripada PTD berstatus kontrak di sini hari ini.

Dianggarkan seramai 700 PTD kontrak yang telah empat tahun berkhidmat dengan kerajaan, telah tamat atau bakal ditamatkan mengikut tarikh lantikan masing-masing, katanya.

Omar berharap satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat diadakan sebelum sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini bagi menyelesaikan isu berkenaan termasuklah nasib penjawat awam berstatus kontrak yang lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment