My Add

Monday 2 April 2012

Laporan penambahbaikan pilihan raya dibentang esok

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat, esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, laporan berkenaan telahpun diedarkan kepada semua anggota Parlimen pada hari ini.

Bagaimanapun laporan berkenaan tidak boleh disiarkan sehingga ia dibentangkan esok, katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Ahli-ahli Berhormat sekalian sepertimana yang dikehendaki oleh Peraturan 86(5) (Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat), oleh yang demikian sepanjang tempoh tersebut tidak boleh disiarkan sebelum jam 11.30 pagi hari Selasa, 3 April 2012,” katanya.

Beliau berkata, laporan itu akan dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, selepas sesi soal jawab pagi esok.

Jawatankuasa itu telah ditubuhkan selepas Dewan Rakyat meluluskan usul penubuhannya pada 3 Okt tahun lepas bagi mengkaji dan menambah baik proses pilihan raya di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment