My Add

Wednesday 4 April 2012

Lelaki maut kereta terjunam ke gaung di PD

SEREMBAN, RABU, 04 April, 2012: Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Mambau-Port Dickson berhampiran Kampung Bemban dekat sini. 

J Ravindran, 42, yang berasal dari Kuala Lukut, Port Dickson, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Jurucakap polis berkata, PROTON Satria Neo yang dipandu Ravindran dikatakan terbabas di satu selekoh ketika dia dalam perjalanan balik dari Seremban ke Port Dickson pada 12.30 tengah malam tadi.

"Ravindran memandu sendirian. Dia dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum terjunam masuk ke dalam gaung," katanya. 

Sementara itu, pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Khairuddin Mohamad, berkata sebuah jentera dengan 10 anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment