My Add

Monday 2 April 2012

Malaysia atasi AS segi ketenteraman dan keselamatan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah berjaya menghasilkan keputusan positif, antaranya meletakkan Malaysia selangkah di hadapan Amerika Syarikat (AS) dalam Ketenteraman dan Keselamatan, dalam penilaian oleh Indeks Kedaulatan Undang-undang 2011, World Justice Project (WJP).

Menurut Laporan Tahunan GTP 2011, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-12 daripada 66 negara yang diliputi di bawah penilaian WJP dalam Ketenteraman dan Keselamatan.

WJP meletakkan Malaysia di hadapan Amerika Syarikat (kedudukan ke-13), disusuli Britain, Belgium dan Perancis.

Laporan tahunan itu menyebut WJP turut menempatkan Malaysia sebagai paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan menengah atas.

Laporan itu menarik perhatian bahawa kejayaan itu hasil usaha keras kerajaan untuk membasmi jenayah di negara ini di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ekoran kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment