My Add

Saturday 14 April 2012

Masjid Ulul Albab anjur kelas bahasa Inggeris

BESUT, SABTU, 14 April, 2012: Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh, di sini mengadakan kelas bahasa Inggeris secara percuma kepada pelajar sebagai usaha menjadikannya sebagai masjid pusat komuniti di Besut. 

Pengerusinya, Ayob Jusoh, berkata kelas bahasa Inggeris yang memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan bahasa Inggeris itu disertai 50 pelajar dengan seorang pengajar sukarela, Datin Seri Che Kamariah Zakaria, yang juga isteri kepada Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Masjid Ulul Albab yang baru dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin bulan lalu itu kini menjadi masjid pertama mengadakan kelas bahasa Inggeris secara percuma kepada pelajar di Terengganu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ia terbuka kepada semua peringkat pelajar yang ingin mengasah kemahiran berkomuniksi dalam bahasa Inggeris dan kelas yang dimulakan semalam itu menarik pelajar bukan sahaja dari kawasan Seberang Jerteh malah kawasan sekitarnya. 

Katanya, kelas bahasa Inggeris itu adalah satu permulaan sebelum kelas mata pelajaran lain dimulakan tidak berapa lama lagi sekiranya sambutan berterusan diterima daripada masyarakat. 

Ayob meminta mereka yang berminat untuk mengikuti kelas percuma atau menjadi tenaga pengajar supaya menghubungi pihaknya secepat mungkin di talian 012-9652889. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment