My Add

Thursday 5 April 2012

Mula saman tali pinggang

PUTRAJAYA, KHAMIS, 0 April, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula menyaman pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan memasang tali pinggang keselamatan ketiga pada kenderaan mereka, sejak awal tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamed yang mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan peraturan itu berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai menjadikan amalan menitikberatkan soal keselamatan sebagai satu budaya, dan bukan hanya melihatnya daripada segi penguatkuasaan semata-mata.

“Penguatkuasaan perlu dilihat ada unsur pendidikan, untuk didik orang ramai supaya semua memainkan peranan mematuhi undang-undang, demi keselamatan, bukan soal tindakan tegas semata-mata,” katanya.

No comments:

Post a Comment