My Add

Friday 20 April 2012

Pegawai polis didakwa terima rasuah

BUTTERWORTH, JUMAAT, 20 April, 2012: Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM300, tahun lalu. 

Nazri Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di bilik ketua Balai Polis Machang Bubuk dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan menerima RM300 daripada M Kumaran, 7 Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Firdaus Sekman manakala tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment