My Add

Sunday 22 April 2012

Pelajar perempuan UPSI maut terjatuh dari tingkat empat

IPOH, AHAD, 22 Apeil, 2012: Seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan universiti itu, petang semalam. 

Dalam kejadian 5 petang itu, penuntut tahun tiga itu dikatakan berada di bangunan E-Learning kampus itu sebelum mayatnya ditemui seorang penuntut lain yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan ketika dihubungi BHOnline mengesahkan menerima laporan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment