My Add

Tuesday 17 April 2012

Pertuduhan kedua jenayah perang terhadap Bush 7 - 12 Mei

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 201: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur akan membicarakan satu lagi pertuduhan melakukan penderaan dan jenayah perang terhadap bekas Presiden Amerika, George W Bush dan sekutunya, selama enam hari dari 7 Mei. 

Yayasan Tribunal Jenayah Peperangan Kuala Lumpur (KLFCW) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pertuduhan itu dikemukakan terhadap tertuduh selepas mereka menjalankan penyiasatan hampir dua tahun terhadap aduan yang dibuat oleh mangsa-mangsa Teluk Guantanamo dan Iraq kepada Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur pada 2009.

Perbicaraan itu berupa pendengaran awam yang diadakan di mahkamah terbuka di premis KLFCW di 88, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Mangsa penderaan akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada tribunal dan tribunal akan menghakimi dan menilai keterangan yang dikemukakan sepertimana keadaannya di mana-mana mahkamah undang-undang, menurutnya. 

Pihak pendakwaan pada perbicaraan itu akan diketuai Prof Gurdial Singh Nijar, profesor undang-undang terkemuka dan penulis beberapa penerbitan undang-undang; dan Prof Francis Boyle, profesor terkemuka Amerika, pengamal dan penyokong undang-undang antarabangsa. Mereka akan dibantu sepasukan peguam. 

Perbicaraan bagi pertuduhan pertama terhadap Bush dan bekas Perdana Menteri Britain, Anthony L Blair diadakan pada November tahun lalu. 

Kedua-dua mereka didapati bersalah melakukan jenayah terhadap keamanan dengan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa apabila mereka merancang, membuat persediaan dan menceroboh Iraq pada 19 Mac 2003 tanpa alasan yang adil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment