My Add

Monday 16 April 2012

Polis tumpaskan Geng Lastik di Perak

IPOH, ISNIN, 16 April, 2012: Polis menumpaskan Geng Lastik iaitu kumpulan curi kereta mewah yang sering melastik tingkap kaca rumah sebelum menceroboh masuk dan melarikan kenderaan berkenaan selepas pasti pemiliknya tiada di rumah. 

Kumpulan itu yang dianggotai tiga penjenayah termasuk seorang pakar kunci, terlebih dulu akan melastik ke arah tingkap kediaman yang mahu dijadikan sasaran untuk memastikan pemiliknya berada di dalam rumah atau sebaliknya.

Apabila pasti premis itu tidak berpenghuni, mereka akan memecah masuk ke kediaman berkenaan sebelum melarikan kereta mewah dengan menggunakan kunci pendua.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun dan dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu itu, berjaya diberkas polis ketika mereka sedang bersembunyi di sebuah hotel murah di Taman Ipoh, di sini, kira-kira jam 1.10 pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata dalam serbuan itu pihaknya turut merampas beberapa peralatan mencuri seperti set kunci, kikir besi, satu lastik, satu tin berisi guli, empat rangkai kunci rumah, dua bilah parang panjang dan plat pendaftaran kereta. - BERITA HARIAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment