My Add

Saturday 7 April 2012

Konsep kesederhanaan semakin diterima dunia - Najib

PUTRAJAYA, JUMAAT, 06 April, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, suara mengenai kesederhanaan semakin diterima dunia dan yang terkini di Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh apabila konsep wasatiyah disambut oleh ketua kerajaan pertubuhan itu.

Menjawab satu soalan pada program al-Kuliyyah di Seri Perdana petang ini, Perdana Menteri yakin penerimaan dunia terhadap konsep tersebut semakin meluas termasuk di Eropah apabila kebanyakan pemimpin di situ juga menunjukkan reaksi positif.

''Bagi cabaran kita Islam ini ialah persepsi negatif, juga tanggapan Islam adalah keganasan dan ekstrem harus diubah,'' katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau percaya jika Israel boleh menerima konsep kesederhanaan maka masalah kompleks antara Palestin dan Israel boleh dicari titik penyelesaian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment