My Add

Wednesday 25 April 2012

Rumah AJK Pas Pusat disimbah cat merah

JOHOR BAHRU, RABU, 25 April, 2012:: Rumah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, di Felda Bukit Ramun, dekat Kulaijaya di sini disimbah cat merah dalam kejadian awal pagi tadi. 

Mazlan berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 3.15 pagi oleh isterinya yang terdengar bunyi kereta dan pergerakan tapak kaki di kawasan hadapan dan tepi rumah.

"Saya cuba mengintai melalui tingkap bilik tetapi tidak nampak apa-apa kerana keadaan yang gelap. Saya keluar untuk memeriksa luar rumah kira-kira 15 minit kemudian dan mendapati ada simbahan cat merah di bahagian pintu dan beranda hadapan," katanya kepada pemberita hari ini.

Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) berkata, dia turut menemui satu beg plastik berisi cat merah di lantai beranda rumah berkenaan. 

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai didalangi oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam menyelesaikan isu tanah dan FELDA. 

Katanya, satu laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat di Balai Polis Bukit Besar, Kota Tinggi, pada jam 10.45 pagi tadi 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment