My Add

Tuesday 3 April 2012

Saham: Azmin sifatkan fitnah, mahu angka tepat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April,2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali (gambar) yang sebelum ini enggan mengulas mengenai pemilikan saham berjumlah jutaan ringgit dan pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perkara itu, hari ini menafikan memiliki saham berkenaan.

Beliau sebaliknya menyifatkan pihak-pihak yang mengaitkan dirinya dengan pemilikan saham itu sebagai pemfitnah, sekali gus mahu individu yang membuat kenyataan tersebut mengemukakan bukti.

“Ada ke saham itu, kalau ada bagi saya ... kalau ada lapan juta, dua juta bagi saya,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen di sini hari ini.

Azmin turut mencadangkan agar pihak-pihak yang menimbulkan isu saham itu memberi angka yang lebih tepat mengenai jumlah yang dimilikinya itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment