My Add

Monday, 23 April 2012

Sasar jenayah terendah

MOHD. Ali Rustam diiringi Ismail Omar menyampaikan sumbangan kepada pasukan 'Homeguard' yang bertugas ketika zaman darurat pada Karnival Kesedaran Jenayah di Melaka, semalam.

MELAKA, AHAD, 22 April, 2012: Kerajaan negeri menyasarkan kedudukan indeks jenayah terendah antara seluruh negeri di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Melaka kini di kedudukan ketiga kadar jenayah terkurang selepas Perlis dan Terengganu.

"Kita sudah berada di tahap lima ke atas dan kini berada di tempat ketiga. Sasaran kita ialah bergerak menjadi negeri terselamat di negara ini," katanya selepas merasmikan Karnival Kesedaran Jenayah sempena sambutan Hari Polis ke-205 tahun di Dataran Pahlawan, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment