My Add

Monday 23 April 2012

Taklimat kenaikan gaji bakal diperluas ke seluruh negara

MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memperluaskan program taklimat kenaikan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke seluruh negara, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. 

Beliau berkata, langkah itu bertujuan menjelaskan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 kepada penjawat awam di setiap negeri berhubung penyelarasan gaji di bawah SSM yang diumumkan pada Mac lalu.

"Kita juga ingin mendapatkan maklum balas agar isu-isu yang dikemukakan dapat diberi perhatian oleh JPA dan Suruhanjaya Khas apabila ditubuhkan kelak," katanya kepada pemberita selepas program taklimat itu di sini, hari ini.
Melaka merupakan negeri pertama dikunjungi JPA bagi program taklimat berkenaan. 

Dalam pada itu, Abu Bakar, berkata pihaknya mengeluarkan surat pekeliling perkhidmatan mengenai perubahan gaji penjawat awam pada 16 April lalu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment