My Add

Wednesday 25 July 2012

58 pelajar kita di Syria dipindah ke Beirut melalui jalan darat

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Kumpulan terakhir 58 pelajar Malaysia di Syria terpaksa dipindahkan dari Damsyik ke Beirut, Lebanon menggunakan jalan darat Khamis ini berikutan kegagalan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik mendapatkan tiket penerbangan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, buat masa ini, pihak kedutaan sedang menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar tersebut dari Beirut.

"Kumpulan pelajar itu seterusnya akan berlepas ke tanah air menggunakan pesawat komersial dari Beirut, esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan pertama tujuh pelajar Malaysia yang akan dibawa pulang menggunakan pesawat Emirates EK346 dari Syria dijangka tiba di KLIA esok.

Sementara itu, jelas Anifah, berlaku pertambahan 10 pelajar pada kumpulan kedua pelajar Malaysia di Syria kepada 43 orang berbanding 33 sebelum ini yang dijangka tiba di KLIA pada pukul 2.55 petang Khamis ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment