My Add

Saturday, 28 July 2012

Agong, Raja Permaisuri ke acara pembukaan Sukan Olimpik

LONDON, SABTU, 28 Julai, 2012: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik ke-30 di sini, semalam. 

Seri Paduka berdua yang duduk bersama ketua negara yang mengambil bahagian dalam temasya sukan terbesar dunia ini, kelihatan melambai tangan ketika 22 anggota kontinjen Malaysia berarak melintasi pentas utama. 

Kontinjen negara yang diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, atlit terjun, Pandelela Rinong menyertai perbarisan yang disertai 204 negara di temasya yang akan berlangsung hingga 12 Ogos ini. 

Baginda berdua sebelum ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota kontinjen Malaysia dan turut meluangkan masa melawat perkampungan atlit yang turut menempatkan atlit negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment