My Add

Wednesday 25 July 2012

Arroyo dibenarkan diikat jamin, tetapi masih ditahan

MANILA, RABU, 25 Julai, 2012: Mahkamah Filipina membenarkan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo diikat jamin atas tuduhan mensabotaj pilihan raya yang dihadapinya, bagaimanapun, beliau tidak akan dibebaskan serta-merta kerana masih menghadapi kes rasuah yang belum selesai. 

Jurucakap Mahkamah Bandaraya Pasay, Felda Domingo berkata, Arroyo dibenarkan diikat jamin pada 1 juta Peso (AS$23,250). 

Arroyo yang menderita akibat masalah di bahagian leher masih ditahan di hospital kerajaan. 

Jurucakap kepada Presiden Benigno Aquino III, Edwin Lacierda berkata, Arroyo masih berdepan dengan satu lagi tuduhan rasuah yang tidak boleh diikat jamin selepas difailkan di Mahkamah anti rasuah Sandiganbayan, minggu lalu. 

Malah, mahkamah turut mengeluarkan perintah bagi menghalang Arroyo meninggalkan Filipina. 

Pendakwa Raya Kerajaan memfailkan caj pendakwaan terhadap Arroyo dan sembilan bekas pegawai lain atas tuduhan penyalahgunaan 365 juta Peso (AS$8.7 juta) dalam dana loteri negeri. - AP 

No comments:

Post a Comment