My Add

Sunday 15 July 2012

Emosi lebih main peranan dalam kes amuk

    Kamal Affendi
SHAH ALAM, AHAD, 15 Julai, 2012: Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berpendapat filem tidak mampu mempengaruhi tingkah laku atau seseorang, sebaliknya pengaruh tekanan, dadah lebih memainkan peranan.

Beliau berkata, kejadian amuk tidak hanya berlaku pada zaman moden, sebaliknya sering terjadi pada zaman dahulu sebelum filem diterbitkan.

“Teori mengatakan filem boleh mempengaruhi minda tidak boleh dipakai kerana tiada bukti jelas mengesahkan perkara ini.

“Malah sejak dari zaman batu peristiwa amuk telah berlaku akibat tidak dapat mengawal emosi atau terlampau marah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada filem mampu mempengaruhi perlakuan atau minda seseorang dalam kejadian amuk yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Kamal Affendi turut menceritakan pengalaman beliau ketika berhadapan dengan situasi sama apabila terpaksa menembak mati penyerangnya dalam satu kes amuk Taman Seri Muda, tahun lalu.

Beliau yang cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan setelah penyerang bertindak ganas. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment