My Add

Wednesday 25 July 2012

Gempa: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

GEORGETOWN, RABU, 25 Julai, 2012-: Gempa bumi yang menggegarkan Simeulue, Sumatera Utara, Indonesia pagi ini turut dirasai penduduk di negeri ini. 

Tinjauan mendapati penduduk terutama yang tinggal di pangsapuri, mengadu kediaman mereka bergegar selain mengalami rasa pening. 
Manisah Hamid dari flat Taman Bukit Jambul berkata, gegaran dirasai selama beberapa saat. 

"Saya rasa pening dan lantai rumah macam bergegar tetapi sekejap saja," katanya yang tinggal di tingkat 12 flat tersebut. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, jabatan tersebut menerima tiga laporan gegaran daripada penduduk yang tinggal di Butterworth dan sekitar Georgetown. 

Jabatan itu melaporkan gempa dengan kekuatan 6.6 pada skala Richter menggegarkan Simeulue pada jam 8.27 pagi waktu Malaysia dan pusat gempa terletak 25 kilometer dari tenggara Simeulue dan 547km dari barat daya Lumut, Perak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment