My Add

Friday 6 July 2012

Guan Eng disaran upah pengawal peribadi

PULAU PINANG, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dinasihatkan mengupah lebih ramai pengawal peribadi untuk menjaga dirinya jika merasakan pihak polis gagal menjalankan tugas dengan berkesan.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Komtar, Loh Chye Teik berkata, Guan Eng juga boleh mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan di negeri ini.

Katanya, berdasarkan 'ujian' yang dilakukan terhadap tindak balas polis dalam masa kecemasan, beliau mendapati keputusannya memuaskan.

"Hari ini saya mendapati polis sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan membantu penduduk.

"Berdasarkan ujian yang dilakukan tadi, saya berpuas hati dengan perkhidmatan polis dan membuktikan negeri ini selamat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment