My Add

Sunday, 1 July 2012

Guna tempoh mandat untuk yakinkan rakyat

TAIPING, SABTU, 30 Jun, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

"Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-51 di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment