My Add

Friday 27 July 2012

HKL berjaya pisahkan kembar Siam

*AZLI di samping Muaimin ketika ditemui di Institut Pediatrik HKL, hari ini, sementara Muaiman berada di bilik bedah

HIDAYAH HAIROM
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: "Kami rasa gembira dan bersyukur semuanya selamat." Demikian menurut Ali Sabran, 40, bapa kepada pasangan kembar Siam yang berjaya dipisahkan melalui pembedahan yang berlangsung selama 24 jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Julai lalu.

Kembar tersebut, Muaiman dan Muaimi, yang kini 15 bulan, bercantum di bahagian tulang pinggul yang turut sama berkongsi usus, dan saluran kencing.

Kedua-dua mereka bakal menjalani pembedahan tampalan kulit disebabkan masalah luka yang hadapi berikutan pembedahan bagi memisahkan mereka.

"Ketika kandungan isteri masuk bulan kelapan, kami sudah maklum anak kembar kami dalam keadaan bercantum.

"Dan, sejak itu, perasaan bimbang menyelubungi kami sekeluarga, sehinggalah Muaimin dan Muaiman berjaya dipisahkan (15 Julai lalu)," kata Ali kepada pemberita di sini hari ini. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment