My Add

Sunday 1 July 2012

Ijazah palsu: Ciri keselamatan ijazah dikaji

JOHOR BAHRU, AHAD, 01 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji ciri keselamatan pengeluaran ijazah bagi menangani kegiatan penjualan ijazah palsu di negara ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian juga akan melihat ciri keselamatan yang digunapakai negara lain bagi mengatasi kes seumpama itu.

"Berbanding sijil kelahiran yang mempunyai ciri-ciri serupa, pengeluaran ijazah oleh setiap universiti di negara ini berbeza-beza. Orang ramai tidak tahu sama ada ia tulen atau sebaliknya,” katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan satu sindiket yang menawarkan ijazah palsu menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi laman web pada harga mencecah RM5,000.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment