My Add

Tuesday 24 July 2012

Isu air: GPRS jelas fakta kepada penduduk Selangor

KUALA LUMPUR: Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) dan 54 badan bukan kerajaan (NGO) akan melancarkan jelajah ke seluruh negeri bagi memberi penjelasan berhubung isu air kepada rakyat. 

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya akan mencetak lebih 500,000 risalah untuk diedarkan kepada rakyat dan menggantung kain rentang di seluruh daerah bagi memberi fakta sebenar mengenai krisis air ini.

“Kita akan perjelaskan kepada rakyat bahawa maklumat yang disampaikan kerajaan negeri berhubung isu air di negeri ini tidak benar dan perkara ini cuba dipolitikkan,” katanya selepas sesi taklimat mengenai isu air di Ibu Pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di sini, hari ini. 

Sohaimi berkata, kerajaan negeri jelas mempunyai agenda tersembunyi kerana enggan meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2. 

“Sekiranya loji ini gagal diteruskan, Selangor akan mengalami krisis air yang kritikal menjelang 2014,” katanya. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment