My Add

Monday 2 July 2012

Johor tidak pernah bincang hukum hudud

SENAI, AHAD, 02 Julai, 2012: Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia tidak pernah dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini.

Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman  (gambar)berkata, kenyataan itu hanyalah cadangan yang dibangkitkan wakil rakyat berkenaan pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

“Saya rasa kami tidak pernah bincang perkara ini. Lagipun, ia mungkin sekadar cadangan yang dibangkitkan oleh Adun Kemelah sahaja pada mesyuarat pertama penggal persidangan
kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

“Ini berkenaan perkara dasar. Saya tidak berani komen. Meskipun saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, saya tidak boleh tentukan dan buat sebarang keputusan
berhubung perkara berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

Terdahulu, sebuah akhbar portal melaporkan Ayub mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud diMalaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar yang menurutnya berbeza dengan hudud Pas.

Menurutnya, perbezaan yang paling ketara adalah hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment