My Add

Sunday, 29 July 2012

Karpal Singh mahu MCA berhenti eksploitasi isu hudud

GEORGETOWN, SABTU, 28 Julai, 2012: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mengingatkan MCA supaya berhenti mengeksploitasi isu hudud dengan mendakwa perbuatan itu hanya membazir masa dan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Beliau mengulas kenyataan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok yang dipetik sebagai berkata pemimpin DAP, kecuali Karpal Singh, hanya mengikut telunjuk PAS. 

Loh juga dilaporkan berkata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng patut meletakkan jawatan kerana mereka gagal menghalang PAS daripada meneruskan matlamat untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini. 

Karpal Singh berkata kenyataan itu tidak adil kerana selama ini pendirian DAP ialah menentang hukum hudud dan penubuhan sebuah negara Islam.

Kepada soalan pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap MCA sekiranya mereka terus memainkan isu itu, Karpal Singh berkata: "Jika mereka tidak berbuat demikian, dengan itu rakyat akan menghentikan anda pada pilihan raya umum akan datang". 

Katanya pendirian DAP tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam adalah keputusan parti dan bukannya pandangan individu dan menurutnya bagaimanapun DAP menerima Islam sebagai agama rasmi yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment