My Add

Sunday, 1 July 2012

Kaum minoriti tetap dibantu

*IKMAL Hisham Abd. Aziz (baris hadapan, kanan sekali) bersama masyarakat Cina menunjukkan 1Malaysia pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Dewan Bola Keranjang di Taman Yeap Boon Yan, Tanah Merah, semalam. MINGGUAN/AIZZUL A. MAJID

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
TANAH MERAH, SABTU, 30 Jun, 2012: UMNO Tanah Merah tidak pernah mengabaikan kaum minoriti di daerah itu sebaliknya sentiasa bersedia menyalurkan bantuan setiap kali mereka membuat permohonan atau mempunyai masalah.

Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, kaum Cina dan India di situ sentiasa menerima pelbagai jenis bantuan disediakan termasuk pendidikan dan perumahan.

"Kita adalah masyarakat 1Malaysia jadi tidak ada bezanya antara orang Melayu dengan kaum Cina atau India, setiap bantuan yang ada diberikan secara sama rata.

"Setiap kali saya serahkan bantuan persekolahan semua pelajar terlibat tidak kira kaum begitu juga soal kemasukan ke universiti, semuanya saya akan bantu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment