My Add

Wednesday 25 July 2012

KDN mungkin buat rayuan

PUTRAJAYA, SELASA, 24 Julai, 2012: Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan membuat permohonan rayuan berhubung keputusan mahkamah membatalkan perintah mengisytihar Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) sebagai pertubuhan haram.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, kementeriannya akan menyemak serta memperhalusi alasan penghakiman kes tersebut.

"Saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengenepikan perintah pada 1 Julai 2011 yang mengisytihar Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) membatalkan perintah Hishammuddin tahun lalu yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment