My Add

Tuesday 10 July 2012

Lelaki maut terjatuh ketika cat bangunan

GEORGETOWN, ISNIN, 09 Julai, 2012: Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat terjatuh ketika sedang mengecat bangunan di Jalan Burma, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pada kejadian jam 6.30 petang itu, Abdul Rahman Sultan Ahmad, 54, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahunya.

"Mangsa dipercayai tergelincir dari pelantar tempatnya berdiri ketika sedang melakukan kerja mengecat dinding sebuah bangunan milik syarikat swasta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Gan berkata, mayat lelaki berstatus pelarian itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment