My Add

Tuesday 24 July 2012

Mayat lelaki ditemui dalam longkang

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam longkang besar di Taman Damai Utama, Puchong dekat sini awal hari ini. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abd Razak Elias, berkata berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput, polis percaya lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibunuh empat hari lalu.

Beliau berkata, mayat lelaki yang belum dikenal pasti itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada jam 1 pagi. 
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. 

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment