My Add

Friday 27 July 2012

Mayat pemuda ditemui terapung di Sungai Perlis

KANGAR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Mayat seorang pemuda yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Perlis awal pagi semalam, ditemui awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata mayat Nor Azhar Osman, 23, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat dan orang ramai kira-kira jam 1.30 pagi, tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan tenggelam. 

Pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran Taman Pelangi, kira-kira jam 2 pagi semalam dan tenggelam kerana mangsa dikatakan tidak pandai berenang. 

Gerakan mencari mangsa yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Perlis itu dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk mulai 8.30 pagi semalam selepas menerima panggilan jam 7.17 pagi. 

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat bin Hassan serta keluarga mangsa turut berada di tebing sungai ketika gerakan mencari dilakukan sehingga mayatnya ditemui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment