My Add

Monday 9 July 2012

MB elak jawab isu Talam

SHAH ALAM, AHAD, 08 Julai, 2012: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mengelak daripada menjawab dakwaan berkaitan Talam Corporation (Talam) termasuk isu kerajaan negeri terlebih bayar sebanyak RM42 juta untuk pajakan tanah di Bestari Jaya kepada syarikat itu seperti yang diakui sendiri Ahli Parlimen DAP, Tony Pua semalam.

Menteri Besar itu sebaliknya berkata, kedua-dua isu tersebut hanya akan dijawab selepas Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong memberi perincian bagaimana penyelewengan RM1 bilion membabitkan urusan pengambilan hutang Talam yang didedahkannya dibuat. - UTUSAN

“Saya tidak mahu jawab (sekarang)... saya nak suruh MCA jelaskan bagaimana RM1 bilion itu diseleweng. Saya nak tahu apa yang saya tipu. Lepas itu saya akan jawab sekali (pendedahan RM1 bilion dan pengakuan terlebih bayar RM42 juta oleh Tony Pua)," kata beliau.

No comments:

Post a Comment