My Add

Monday, 2 July 2012

MIC tumpu dapatkan undi kaum India yang bukan ahli parti

SHAH ALAM, AHAD, 01 Julai, 2012: MIC akan mempergiat usaha untuk mendapatkan undi 140,000 kaum India yang bukan anggota parti itu di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel. 

Beliau berkata, MIC akan memberi tumpuan yang lebih untuk mendapatkan undi itu dan percaya 60,000 anggota parti yang berdaftar sebagai pengundi di Selangor tetap setia dengan Barisan Nasional (BN). "Apa yang penting ialah parti perlu mendapatkan semula 140,000 pengundi India yang bukan anggota MIC di Selangor dan sehingga kini kami mengenalpasti 50,000 daripada mereka. 

"Pemimpin-pemimpin dan anggota MIC perlu mengekalkan hubungan baik dengan pengundi-pengundi India ini," katanya ketika berucap pada perasmian jentera pilihan raya Pemuda MIC Selangor di sini hari ini. 

Palanivel, yang juga pengerusi MIC Selangor berkata, parti itu mengenalpasti 14 kerusi negeri di Selangor yang boleh dimenangi BN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment