My Add

Tuesday 24 July 2012

Muhyiddin melawat Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Hari Terbuka Pelan Tindakan 2.0 Program Transformasi Negara (GTP Roadmap 2.0) di sini, hari ini. 

Beliau meluangkan masa sejam melawat dan mendengar taklimat daripada pegawai di kesemua tujuh gerai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) antaranya Anti Rasuah, Menurunkan Jenayah dan Mempertingkat Pengangkutan Awam di Bandar.

Muhyiddin turut diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). 

Hari Terbuka yang diadakan selama sehari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bertujuan mengumpul maklum balas daripada orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula. 

GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu dan peluang bidang pertumbuhan baru, yang boleh dilaksanakan di dalam NKRA. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment