My Add

Monday 2 July 2012

PM ketengahkan ciri-ciri perlu dalam perkhidmatan awam

PUTRAJAYA, ISNIN,  02 Julai, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.

Beliau berkata, sikap ini pula perlu disokong dengan satu lagi akronim - PCI - "Productivity, Creativity an Inovation", supaya perkhidmatan awam tidak dilihat bagai sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, atau selesa dengan “business as usual".

Katanya sektor perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancang untuk meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment