My Add

Tuesday 24 July 2012

PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan

NURUL AINI MOHAMED ALI
KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2912: Pakatan Rakyat (PR) memberi tempoh seminggu kepada kerajaan agar menukar tema Hari Kebangsaan - "Janji Ditepati" kerana ia tidak munasabah dan tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat Hari Kemerdekaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tempoh seminggu diberikan kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kebangsaan yang lebih inklusif.

"Jika kerajaan tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Rakyat sendiri akan mencadangkan tema lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk Hari Kemerdekaan," kata Mustafa semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment