My Add

Monday 2 July 2012

Punca bah besar Johor disiasat

*Kumpulan porter Orang Asli suku Jakun mengangkut barang keperluan penyelidik Ekspedisi Saintifik Taman Negara Johor Endau Rompin ke Kem Bertedung.
SEGAMAT,AHAD,01 Julai, 2012: AHAD, 01 Julai, 2012: Punca banjir besar melanda utara Johor dan memusnahkan kemudahan asas di Taman Negara Johor pada 2011 bakal terjawab menerusi Ekspedisi Saintifik selama sembilan hari, bermula hari ini.

Walaupun tiada kegiatan pembalakan atau penebangan hutan di Taman Negara, kejadian banjir pada Februari tahun lalu menuntut kajian segera perlu dilakukan. Kumpulan saintis hidrologi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuat kajian di hulu Sungai Selai di Taman Negara untuk mengenal pasti punca yang memusnahkan banyak kemudahan untuk pelawat.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, berkata hasil kajian penyelidik UTHM digunakan bagi mengatasi masalah taman negara di Selai,” katanya di Kompleks Pelawat Taman Negara Johor di Selai, dekat sini, semalam.

Seramai 50 saintis tempatan dan luar negara memulakan Ekspedisi Saintifik Selai-Peta Taman Negara Endau Rompin bagi menjalankan 12 kajian ilmiah di hutan yang berusia 248 juta tahun itu.

Kajian turut membabitkan flora, geologi, botani dan serangga itu membabitkan penyelidik dari (UTHM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) itu, adalah ekspedisi ketiga selepas 1985 dan 2002.

Suhairi berkata, saintis akan mengesan lokasi mamalia besar seperti seladang dan badak Sumatra.

“Badak Sumatera dikesan dalam kajian 2002, namun selepas itu haiwan liar berkenaan tidak ditemui lagi, walaupun hampir 1,000 kamera dipasang dalam hutan bagi mengesan haiwan itu,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment