My Add

Friday 27 July 2012

Saham AirAsia naik selepas pembelian Batavia Air

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Julai, 2012: Saham AirAsia Bhd naik dua sen kepada RM3.75 setakat 3 petang ini selepas pengumuman syarikat penerbangan itu untuk membeli Batavia Air dari Indonesia dengan harga RM253 juta.

Harga bergerak di antara RM3.75 dan RM3.71 dengan 1.5 juta lot didagangkan.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) berkata pembelian itu akan membolehkan AirAsia mengembangkan kumpulan pesawat dan rangkaiannya serta mendapatkan perkongsian saham yang lebih besar.

"Batavia adalah syarikat penerbangan domestik ketiga terbesar di Indonesia dengan perkongsian pasaran sebanyak 14.2 peratus, melengkapkan perkongsian pasaran terbesar AirAsia Indonesia di Indonesia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment