My Add

Thursday 12 July 2012

Seorang lagi suspek kes ragut kerani wanita ditahan

MELAKA, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ragut seorang kerani wanita yang meninggal dunia sehari selepas kejadian itu di Jalan Benteng, Balai Panjang pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supt P.R. Gunarajan berkata, suspek lelaki berbadan gempal berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dalam satu operasi khas di sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini pada 3 petang semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment