My Add

Friday 6 July 2012

Tolak pemimpin biadab, jangan kompromi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Rakyat diminta menilai dan menolak pemimpin yang mempunyai sikap biadap seperti lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mengingkari dan menimbulkan kekecohan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, sikap biadab yang ditunjukkan oleh ADUN berkenaan menggambarkan cara pemerintahan yang akan dilaksanakan jika mereka berkuasa.

"Saya fikir kelakuan yang ditunjukkan itu membuktikan mereka boleh menjadi lebih kasar selepas ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, senario politik pembangkang sekarang menunjukkan bahawa sikap biadab dan kasar adalah amalan harian mereka.

"Saya minta rakyat negara ini untuk menilai adakah mereka ini layak menjadi pemimpin kerana bukan sahaja telah merendahkan martabat kepada rakyat negara ini tetapi juga kepada dunia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment