My Add

Sunday 1 July 2012

Ttunai janji daripada Anwar

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 2012: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini menuntut janji daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggesa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memohon maaf kepadanya berikutan panggilan 'paria' kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut beliau, Anwar yang juga Penasihat PKR sewaktu di dalam penjara dahulu pernah berjanji bahawa apabila keluar dari tahanan, Azmin akan diminta untuk memohon maaf kepadanya ekoran gelaran tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, sehingga hari ini Ketua Pembangkang itu masih belum menunaikan janji manisnya itu, sebaliknya memberitahu supaya melupakan sahaja perkara remeh-temeh itu dan memaafkan Azmin.

"Anwar kononnya berlagak untuk menjadi hero dalam pelbagai isu, tetapi isu berbangkit di dalam pakatan sendiri gagal untuk diselesaikan. Jika benar anda (Anwar) gentlemansila ambil tindakan terhadap Azmin,' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment