My Add

Tuesday 30 October 2012

Korbankan perbezaan ideologi politik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) semalam meminta pemimpin-pemimpin umat Islam dalam kalangan parti yang berbeza melakukan satu pengorbanan dalam karier mereka demi masa depan umat Islam negara ini.

Pengerusi Ilmu, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, pengorbanan yang dimaksudkan itu adalah mengetepikan segala percanggahan serta perbezaan ideologi politik kepartian yang selama ini menjadi penghalang kepada usaha penyatuan umat.

Beliau berkata, malah Allah SWT telah memberi peringatan mengenai perkara tersebut di dalam al-Quran iaitu di dalam surah ar-Rum ayat 31-32.

"Ayat ini bermaksud: 'Janganlah kamu menjadi golongan musyrik. Iaitu mereka yang memecahbelahkan agama mereka dan menjadi berpuak-puak. Tiap-tiap puak bergembira dengan pegangan mereka," katan ya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment